Terlebih dahulu mari kita tengok terdapat berapa jenis kaedah pembahagian dan belahan ni.
1. Bulbs (bebawang)
- Batang termodifikasi
- Membesar di dalam lapisan
- Batang termodifikasi
- Tidak membesar di dalam lapisan
- Mempunyai tekstur yang pejal
3. Rhizomes
- Batang termodifikasi
- Contoh: halia
4. Tubers (umbisi)
- Akar termodifikasi
- Contoh : ubi
5. Stolon
- Modifikasi batang yang tumbuh mendatar
- Stolon biasanya beruas-ruas
- Contoh : Rumput, pegaga, strawberi
Jadi minggu ni kami telah buat amali pembiakan melalui kaedah pembahagian dan belahan. Di antara semua jenis tu, kami pilih kaedah pembahagian secara bebawan dan kami telah menggunakan bunga spider lily untuk tujuan ini. Jom kita tengok macam mana nak biakkan pokok bunga spider lily ni.
Kepada yang tak tahu tu, ini lah pokok bunga spider lily |
First kita cabut pokok bunga ni sampai akar dia, mcm gambar kat bawah ni.
Lepastu kita trim daun dan akar dia. Trim je tau, jangan BUANG.
Potong jangan tak potong |
Bila dah siap trim semuaaaa mcm ni...
Okay dah trim |
Kita belah dua pokok bunga spider lily ni supaya dapat dua pokok nanti.
Sebab kami ada 4 orang, so sorang satu belah dua dapat la 8 |
Untuk medium semaian, kami gunakan coco peat. Kami masukkan di dalam raga plastik yang telah dilapik.
Raga plastik tu macam ni la |
Masukkan saja bahagian yang telah dipotong tu |
Lagi sikit nak siap! |
Dah siap semua tu, apa lagi, siramm laaa.
Dah boleh balik lepas siram |
Semoga bermanfaat buat semua yang membaca! Jumpa lagi pada post yang akan datang. Eh kejap, ada lagi yang Cikgu Kachak belajar pada minggu ni, tapi tak apalah, nanti Cikgu Kachak cerita dekat post seterusnya. Byeee.