Tuesday, 23 October 2018

MINGGU 5 dan 6 : EKSPERIMEN BIJI BENIH

Assalamualaikum, minggu ni Cikgu Kachak nak cerita mengenai keperluan biji benih untuk bercambah. Macam manusia la kan? Nak hidup perlukan makanan supaya memebesar dengan sihat dan kuat. Hehe.


Okay pertama sekali kita nak tahu apakah bahagian-bahagian yang terdapat dalam biji benih ni. , biji benih adalah berasal daripada ovul yang disenyawakan. Dalam biji benih, terdapat embrio yang berkembang. Selain itu, biji benih mengandungi simpanan makanan bagi embrio yang dilitupi oleh lapisan keras yang dipanggil TESTA (kulit biji benih). Makanan disimpan dalam KOTILEDON. Bagi sesetengah tumbuhan, ada yang mempunyai 1 kotiledon, seperti jagung. Namun ada juga yang mempunyai 2 kotiledon seperti biji kacang hijau. Setiap bahagian biji benih mempunyai fungsinya yang tersendiri.




                                Biji benih monokotiledon dan dikotiledon










Bahagian Biji Benih (Kulit Biji)
1) Testa - melindungi biji benih
2) Hilum - tempat biji benih melekat pada buah
3) Mikropil - bukaan yang membenarkan air dan udara masuk

Bahagian Biji Benih ( Embrio)
1) Plumul - bahagian embrio yang membesar menjadi pucuk
2) Radikel - bahagian embrio yang membesar menjadi akar
3) Kotiledon - menyimpan dan membekalkan makanan untuk biji benih

Apabila biji benih bercambah, embrio akan mengeluarkan akar baharu yang dikenali sebagai RADIKEL. Kemudiannya mengeluarkan pucuk baharu yang dikenali sebagai PLUMUL. Kotiledon pula akan semakin mengecil kerana sumber makanan diambil dari sana. Anak pokok mula menghasilkan makanan sendiri apabila daun baharu mulai tumbuh. Biji benih akan bercambah jika mempunyai keadaan yang sesuai, iaitu mempunyai air, udara dan suhu yang sesuai. 


Apa itu kedormanan?

Kedormanan ialah keadaan apabila biji benih tidak bercambah dalam keadaan biasa. Ia merupakan satu mekanisma yang terdapat pada biji benih bagi mengelakkan biji benih bercambah sekiranya tidak wujud faktor-faktor persekitaran yang unik untuk sesuatu habitat. Kedormanan berlaku disebabkan kulit biji benih terlalu keras dan tebal. selain itu embrio belum cukup membesar dan mekanisma kawalan dalam biji benih.

Cara mengatasi kedormanan

a.      Mengikis kulit luar
Cara untuk mengikis kulit luar adalah mengunakan kertas pasir, kikir, atau meretakkan dengan tukul. selain itu,  menggunakan mesin pembancuh simen bersama pasir dan kerikil.

b.      Merendam dalam air
Dapat melarutkan kimia perencat dengan kaedah merendam air panas (77 - 100 darjah farenheit) beberapa minit. Dibiarkan sejuk. Air biasa 1 – 2 jam merendam dalam asid( Bagi kulit yang terlampau Keras)

c.       Melembabkan biji benih pada suhu yang rendah
Ia dikenali sebagai pelintapan untuk merangsang perubahan dari segi fisiologi. Hanya untuk benih yang memerlukan suhu rendah untuk bercambah sahaja. Kaedah pertama rendam dalam air biasa 12 – 24 jam dan kemudiannya digul dalam medium lembab seperti habuk papan reput. (1 bahagian benih dan 3 bahagian medium) kaedah kedua dengan Campuran Diletak di tempat sejuk, lembap dan mempunyai pengudaraan baik. Suhu antara 2 – 7 darjah Celcius selama 1 hingga empat tahun. 


Jumpa di post yang akan datang untuk laporan eksperimen! Semoga bermanfaat

Rujukan : http://www.cikguhailmi.com/2014/03/percambahan-biji-benih.html


No comments:

Post a Comment

Menjual Sayur Dari Tanaman & Tanaman Jagung

Haiiii....... korang ingat lagi tak pada awal Cikgu Kachak post pasal apa 😏 ? Cikgu post pasal tanaman cikgu iaitu sayur yang cikgu tana...