Thursday, 25 October 2018

MINGGU 7 KAEDAH PEMBAHAGIAN DAN BELAHAN

Assalamualaikum dan haiiii semuaa! Kejap je dah minggu ketujuh. Okay minggu ni nak tahu tak apa yang Cikgu-cikgu Kachak buat? Minggu ni kami belajar dan lakukan amali pembiakan melalui kaedah pembahagian dan belahan.

Terlebih dahulu mari kita tengok terdapat berapa jenis kaedah pembahagian dan belahan ni.

1. Bulbs  (bebawang)
- Batang termodifikasi
- Membesar di dalam lapisan





2. Corms
- Batang termodifikasi
- Tidak membesar di dalam lapisan
- Mempunyai tekstur yang pejal





3. Rhizomes
- Batang termodifikasi
- Contoh: halia









4. Tubers (umbisi)
- Akar termodifikasi
- Contoh : ubi


Image result for ubi


5. Stolon

- Modifikasi batang yang tumbuh mendatar
- Stolon biasanya beruas-ruas
- Contoh : Rumput, pegaga, strawberi



6. Clump (Rumpun)


Image result for serai



Jadi minggu ni kami telah buat amali pembiakan melalui kaedah pembahagian dan belahan. Di antara semua jenis tu, kami pilih kaedah pembahagian secara bebawan dan kami telah menggunakan bunga spider lily untuk tujuan ini.  Jom kita tengok macam mana nak biakkan pokok bunga spider lily ni.


Image result for bunga spider lily
Kepada yang tak tahu tu, ini lah pokok bunga spider lily


Okay, dah kenal kan? Sekarang macam mana dari keadaan yang dalam gambar tu, apa yang kita nak ambil?

First kita cabut pokok bunga ni sampai akar dia, mcm gambar kat bawah ni.



Lepastu kita trim daun dan akar dia. Trim je tau, jangan BUANG.

Potong jangan tak potong

Bila dah siap trim semuaaaa mcm ni...

Okay dah trim

Kita belah dua pokok bunga spider lily ni supaya dapat dua pokok nanti. 



Sebab kami ada 4 orang, so sorang satu belah dua dapat la 8



Untuk medium semaian, kami gunakan coco peat. Kami masukkan di dalam raga plastik yang telah dilapik.

Raga plastik tu macam ni la


Masukkan saja bahagian yang telah dipotong tu


Lagi sikit nak siap!



Dah siap semua tu, apa lagi, siramm laaa.

Dah boleh balik lepas siram

Semoga bermanfaat buat semua yang membaca! Jumpa lagi pada post yang akan datang. Eh kejap, ada lagi yang Cikgu Kachak belajar pada minggu ni, tapi tak apalah, nanti Cikgu Kachak cerita dekat post seterusnya. Byeee.







1 comment:



  1. It is very useful and knowledgeable. Therefore, I would like to thank you for the efforts you have made in writing this article.

    C9200-48T-E
    C9300-24T-E
    C9300-24t-A
    C9500-NM-8X

    ReplyDelete

Menjual Sayur Dari Tanaman & Tanaman Jagung

Haiiii....... korang ingat lagi tak pada awal Cikgu Kachak post pasal apa 😏 ? Cikgu post pasal tanaman cikgu iaitu sayur yang cikgu tana...