Tuesday, 2 October 2018

Amali 1 : Menentukan Tekstur Tanah Melalui Cara Medapan.



Tujuan: Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan.

Bahan/radas: Sampel tanah, balang gas, pembaris, carta segitiga tekstur tanah, air

Langkah-langkah:

1. Masukkan sampel tanah sebanyak 40- 50gram ke dalam balang gas.


2. Kemudian isi air 300 ml ke dalam balang gas sehingga tiga perempat penuh.

3. Tutup mulut balang gas dengan tangan atau penutup dan goncangkan campuran perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.

4. Biarkan balang gas di atas meja semalaman tanpa gangguan.
5. Selepas 24 jam, lakukan pemerhatian dan ukur ketinggian (gunakan pembaris) setiap pisahan tanah yang mendap serta catat bacaan tersebut.
Gambar campuran yang sudah menjadi mendapan

 6. Hitungkan peratusan pisahan tanah yang mendap menggunakan rumus di bawah dan lengkapkan jadual keputusan.

Peratusan pisahan dikira seperti berikut:

                                        Ketinggian lapisan pisahan (cm) 
Peratus pisahan =     --------------------------------------------------- x 100 
                                    Jumlah ketinggian semua pisahan (cm)

 7. Tentukan kelas tekstur tanah dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah.



Cara untuk membantu membaca segi tiga tekstur ini boleh melihat contoh didalam video ini.





Link: https://www.youtube.com/watch?v=4hW59WZ0EQI






No comments:

Post a Comment

Menjual Sayur Dari Tanaman & Tanaman Jagung

Haiiii....... korang ingat lagi tak pada awal Cikgu Kachak post pasal apa 😏 ? Cikgu post pasal tanaman cikgu iaitu sayur yang cikgu tana...