Sunday, 14 October 2018

MINGGU 4 - PEMBIAKAN MELALUI KERATAN BATANG

Pada minggu ini, kami menjalankan amali pembiakan tumbuhan melalui keratan batang. Keratan batang merupakan kaedah yang paling mudah dan cepat dalam membiakkan tumbuhan.

Kebiasaannya tumbuhan yang dibiakkan dalam kaedah keratan batang ini adalah tumbuhan renek seperti:


  • Bunga kertas
  • Halia Bara
  • Melati
  • Bunga Raya
  • Puding
  • Ros

Antara bahan-bahan yang diperlukan menggunakan kaedah keratan batang ini ialah:
  • polybag
  • serbuk pengalak akar
  • sudip
  • sekatur
  • tumbuhan
Terdapat beberapa nisbah yang penting dalam pembiakan tumbuhan melaui keratan batang. Antara nisbah yang digunakan ialah 3:2:1, 7:3:2, 2:1:1 (tanah : bahan organik : pasir).

Proses amali pada minggu ini:



Pn. Salina memberi penerangan dan langkah kerja yang ingin dilakukan pada minggu ini.




Potong tumbuhan yang telah dipilih untuk pebiakkan, potongan mestilah secara serong bagi memudahkan tumbuhan itu memasuki tanah semaian.



Gaulkan tanah dengan peat moss sehingga sebati.



Masukkan tanah yang telah digaul kedalam polybag. Tanah hendaklah mampat di dalam polybag bagi memastikan tumbuhan yang ditanam tidak tumbang dan terkeluar dari tanah.


Letakkan sedikit penggalak akar di pangkal tumbuhan yang telah dipotong bagi mempercepatkan akar keluar.



Cucukkan tumbuhan yang telah siap dipotong kedalam polybag yang berisi tanah dan mampatkan tanah bagi memegang batang tumbuhan.


Sembur sedikit air pada tumbuhan yang telah ditanam.



Kesimpulan

Sepanjang amali yang telah dijalankan, keratan batang merupakan kaedah yang senang dan cepat dalam membiakkan tumbuhan. Campuran dalam menghasilkan tanah yang sesuai dengan kaedah ini amat penting bagi memastikan tumbuhan yang ditanam membiak dengan subur.







No comments:

Post a Comment

Menjual Sayur Dari Tanaman & Tanaman Jagung

Haiiii....... korang ingat lagi tak pada awal Cikgu Kachak post pasal apa 😏 ? Cikgu post pasal tanaman cikgu iaitu sayur yang cikgu tana...