Amali yang dilakukan adalah dalam satu hari jer sebenarnya saja buat lain-lain blog.
Cikgu terangkan la sedikit tanah yang mana sesuai, disini tanah yang paling sesuai untuk tanaman ialah tanah yang paling lambat air turun disebabkan tanah itu menyerap air untuk tanaman. Kita semua tahukan yang air ni adalah salah satu makanan untuk tumbuhan kita. jadiii kita perlu tanah yang mana satu sesuai dan elok untuk tanaman kita? semestinya tanah yang serap air tuuuu... tanah yang tidak serap air tidak sesuai sangat kerana tumbuhan tidak dapat air disebabkan tanah yang airnya terus kebawah.
Okay sekarang ni kita pergi kepada penyediaan bahan untuk kita uji tanah mana yang sesuai untuk tanaman kita.
Bahan Dan Alatan: Tiga jenis sampel tanah, iaitu tanah berpasir, tanah loam, tanah liat, air suling dan gentian kaca.
Langkah-Langkah:
1. Keringkan sampel-sampel tanah selama 2 hingga 3 hari dengan meletakkan sampel tanah di atas kertas bersih di satu sudut makmal.
2. Pasang radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
Langkah Keselamatan: Awas, jangan ambil gentian kaca dengan jari!
3. Sukat tiga sampel 50ml air suling dengan menggunakan silinder penyukat dan isikan ke dalam bikar 100 ml.
4. Dalam masa yang sama, tuangkan 50ml air suling ke dalam setiap radas dan tentukan isi padu air yang mengalir ke dalam bikar 250 ml dalam masa 10 minit.
5. Catatkan keputusan dan pemerhatian anda dalam jadual yang berikut:
Contoh jadual:
Okay disini adalah contoh tanah yang diuji serta isipadu air yang jatuh kedalam bikar. korang rasa batas mana yang baik untuk tanaman? tuntut hadiah kat diri sendiri kalau betul ye.
No comments:
Post a Comment