APA ITU TUT?
Pembiakan Tut ini adalah salah satu kaedah pembiakan tampang di mana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas untuk pembiakkan.
JENIS TUT
Terdapat dua cara pembiakkan secara tut iaitu:
- Tut udara
- Tut lentur
TUJUAN PEMBIAKAN TUT
Tujuan pembiakan tut adalah untuk mempercepatkan tumbesaran tumbuhan yang ingin dibiakan.
CARA MENYEDIAKAN TUT UDARA
Antara bahan dan alatan yang diperlukan untuk menyediakan tut udara ialah:
- Plastik jernih
- Pisau
- Tali Rafia
- Penggalak akar
- Jiffy Pallets
Proses untuk menyediakan tut udara ialah:
- Sediakan medium campuran tanah tut. Medium campuran tanah tut di buat dengan mencampurkan tanah dengan bahan organik (1:1), medium campuran tanah tut hendaklah dilembapkan sedikit sebelum dikepalkan dalam bentuk bola golf atau tennis atau dengan mengunakan "Jiffy Pallet". Jiffy pallet hendaklah direndamkan ke dalam air selama 1 jam sebelum digunakan tujuan untuk memegang air, dan jiffy pallet akan mengembang.
2. Pilih ranting atau batang yang bergaris pusat sebesar ibu jari (lebih kurang 1-2cm). Buat dua kelaran mengelilingi ranting atau dahan yang mana jarak di antara kedua kelaran itu ialah 2.5-3cm.
Kelaran dibuat pada ranting pokok
3. Buang dan keluarkan kulit ranting yang telah dikelar dan kikis bahagian dalam sehingga nampak bahagian kayu yang putih, semua lapisan cambium (yang berwarna hijau) perlulah di kikis habis-habis sebab jika lapisan cambium masih ada, tut udara tidak berjaya di hasilkan.
Sapu sedikit serbuk penggalak akar di bahagian atas kelaran.
Kikis lapisan cambium (lapisan warna hijau)
Sapukan penggalak akar di bahagian kelaran
4. Balut kepalan tanah tut itu dengan mengunakan plastik lut sinar dan ikat menggunakan tali rafia. balutan hendaklah ketat sehingga menutupi kesemua permukaan kelaran.
5. Apabila telah siap, ianya dibiarkan selama beberapa minggu. Jika percambahan akar kelihatan pada plastik. Potong ranting dibawah bahagian kelaran tersebut dan tanam ke dalam bag politena.
KELEBIHAN
- Ciri pokok induk diwarisi
- Tanaman baru cepat matang
KEBURUKAN
- Tanaman mudah tumbang kerana tiada akar tunjang
- Perlu kemahiran membuat tut
- Tidak boleh membiak dengan kuantiti banyak pada pokok induk
No comments:
Post a Comment