Saturday, 17 November 2018

PEMBIAKAN TUT (MARCOTTING)

Salam dan selamat sejahtera semua. Pada minggu ini kami nak kongsikan sedikit ilmu tentang pembiakkan secara tut ni. Apa itu tut? Mari berkongsi ilmu.

APA ITU TUT?
Pembiakan Tut ini adalah salah satu kaedah pembiakan tampang di mana sebahagian daripada bahagian tumbuhan itu digunakan sebagai asas untuk pembiakkan.

JENIS TUT
Terdapat dua cara pembiakkan secara tut iaitu:

  1. Tut udara
  2. Tut lentur
TUJUAN PEMBIAKAN TUT
Tujuan pembiakan tut adalah untuk mempercepatkan tumbesaran tumbuhan yang ingin dibiakan.

CARA MENYEDIAKAN TUT UDARA

Antara bahan dan alatan yang diperlukan untuk menyediakan tut udara ialah:

  1. Plastik jernih
  2. Pisau
  3. Tali Rafia
  4. Penggalak akar
  5. Jiffy Pallets
Proses untuk menyediakan tut udara ialah:


    1. Sediakan medium campuran tanah tut. Medium campuran tanah tut di buat dengan mencampurkan tanah dengan bahan organik (1:1), medium campuran tanah tut hendaklah dilembapkan sedikit sebelum dikepalkan dalam bentuk bola golf atau tennis atau dengan mengunakan "Jiffy Pallet". Jiffy pallet hendaklah direndamkan ke dalam air selama 1 jam sebelum digunakan tujuan untuk memegang air, dan jiffy pallet akan mengembang.

    Medium campuran tanah dengan bahan organik (1:1)


    Medium tut dikepalkan menjadi bulat


    Jiffy Pallet

    2. Pilih ranting atau batang yang bergaris pusat sebesar ibu jari (lebih kurang 1-2cm). Buat dua               kelaran mengelilingi ranting atau dahan yang mana jarak di antara kedua kelaran itu ialah 2.5-3cm.


    Kelaran dibuat pada ranting pokok

    3. Buang dan keluarkan kulit ranting yang telah dikelar dan kikis bahagian dalam sehingga nampak bahagian kayu yang putih, semua lapisan cambium (yang berwarna hijau) perlulah di kikis habis-habis sebab jika lapisan cambium masih ada, tut udara tidak berjaya di hasilkan.
    Sapu sedikit serbuk penggalak akar di bahagian atas kelaran.


    Buang kulit ranting yang telah dikelar

    Kikis lapisan cambium (lapisan warna hijau)

    Sapukan penggalak akar di bahagian kelaran

    4. Balut kepalan tanah tut itu dengan mengunakan plastik lut sinar dan ikat menggunakan tali rafia. balutan hendaklah ketat sehingga menutupi kesemua permukaan kelaran.


    Ranting yang dikelar telah dibalut menggunakan plastik dan di ikat dengan tali rafia dengan ketat.


    Pembiakkan tut telah disiapkan.



    5. Apabila telah siap, ianya dibiarkan selama beberapa minggu. Jika percambahan akar kelihatan pada plastik. Potong ranting dibawah bahagian kelaran tersebut dan tanam ke dalam bag politena.


    KELEBIHAN
    1. Ciri pokok induk diwarisi
    2. Tanaman baru cepat matang

    KEBURUKAN
    1. Tanaman mudah tumbang kerana tiada akar tunjang
    2. Perlu kemahiran membuat tut
    3. Tidak boleh membiak dengan kuantiti banyak pada pokok induk


    Saturday, 10 November 2018

    Eksperimen Percambahan Epigeal dan Hipogeal

    Eksperimen ketiga ialah untuk melihat perbezaan diantara percambahan biji benih epigeal dan hipogeal.


    Bahan dan alatan

    1. Bekas yang telah dilabelkan
    2. Peat moss
    3. Air
    4. Biji Benih



    Langkah penyediaan  bekas

    Langkah 1
    Tanda A untuk benih kacang dan B bagi benih jagung. Masukkan 60 ml peat mos ke dalam 2 bikar.

    Langkah 2
    Semaikan 2 biji benih kacang pada bekas A dan 2 biji benih jagung pada bekas B.    


    Langkah 3
     Renjis biji benih dengan air setiap hari.Percambahan benih dipantau dan diambil bacaan setiap hari.





    Eksperimen Mengkaji Keadaan Yang Diperlukan Bagi Percambahan Biji Benih

    Eksperimen kali ini kita nak tengok keadaan apakah yang diperlukan oleh biji benih untuk bercambah.



      Bahan dan alatan

    1. Tabung uji  
    2. Kapas
    3. Air masak
    4. Minyak

     Langkah penyediaan  bekas

    Langkah 1
    Sediakan 5 tabung uji dan labelkan A, B, C, D ,E  . Kemudian masukkan kapas didalam tabung uji A,B,D,E, Tabung uji C tidak perlu letak kapas.  

    Langkah 2
    Letakkan tiga biji benih di dalam setiap tabung uji.   



    Langkah penyediaan tabung  


    Keadaan untuk percambahan
    Label radas
    Rawatan
    Air, udara, suhu
    A
    Kapas perlu dibasahkan dan letak 3 biji benih. Diletak di atas meja.
    Air
    B
    Kapas perlu dikeringkan dan letak 3 biji benih. Diletak di atas meja.
    Udara
    C
    Tidak perlu letak kapas. Letakkan air yang telah dididihkan dan 3 biji benih serta lapisan minyak.
    Diletakkan diatas meja.
    Suhu
    D
    Kapas perlu dibasahkan dan letak 3 biji benih. Diletak di dalam peti sejuk.
    Cahaya
    E
    Kapas perlu dibasahkan dan letak 3 biji benih. Diletak di tempat yang gelap.




     KEPUTUSAN


           
    Tabung uji
    Kehadiran
    Pemerhatian percambahan biji benih (bercambah / tidak bercambah)
    Air
    Cahaya
    Udara
    Suhu yang sesuai
    A
    /
    /
    /
    /
    Bercambah
    B
    x
    /
    /
    /
    Bercambah
    C
    /
    /
    x
    /
    Tidak bercambah
    D
    /
    x
    x
    x
    Tidak bercambah
    E
    /
    x
    /
    /
    Bercambah




    Setelah dibiarkan seminggu, pemerhatian diambil. Tabung uji A, B dan E bercambah, manakala tabung uji C dan D tidak bercambah. Berdasarkan teori, sepatutnya tabung uji B, C dan D tidak bercambah. Seperti jangkaan, tabung uji C dan D tidak bercambah disebabkan tiada kehadiran udara pada tabung uji C dan tiada kehadiran udara dan suhu yang sesuai pada tabung uji D. Tetapi sebaliknya berlaku pada tabung uji B, dimana dengan ketiadaan air, ianya boleh bercambah. Perkara ini mungkin disebabkan oleh kesilapan pemerhati iaitu memberikan air pada tabung uji B.

    Berdasarkan eksperimen yang dijalankan, setiap percambahan memerlukan kehadiran seperti air, udara mencukupi, dan suhu bilik yang sesuai. Cahaya tidak mempengaruhi  percambahan biji benih. Jika biji benih tidak mendapat salah satu sumber iaitu udara, air dan suhu yang sesuai, biji benih tidak dapat bercambah. 


    Friday, 9 November 2018

    Eksperimen Keperluan Percambahan

    Eksperimen kita yang pertama ni adalah untuk mengkaji keperluan biji benih untuk bercambah. Jadi mari kita lihat  apakah bahan dan alatan yang digunakan dan apakah langkah untuk melaksanakan eksperimen ini.


      BAHAN DAN ALATAN

    1. Biji Benih
    2. Bekas Plastik
    3. Kapas
    4. Air masak
    5. Air paip


     LANGKAH PENYEDIAAN  BEKAS

    Langkah 1
    Sediakan 8 bekas plastik untuk set pertama dan set kedua. Kemudian label radas A1, B1, C1, D1 untuk set pertama. Label radas A2, B2, C2,D2 untuk set kedua.    


    Langkah 2
    Letakkan kapas dalam setiap bekas plastik dengan kuantiti kapas yang sama banyak.    

    Langkah 3
    Kemudian, Masukkan 10 biji benih dalam setiap bekas plastik.     

    LANGKAH PENYEDIAAN SET PERTAMA DAN KEDUA

                        i.            SET PERTAMA
    Keadaan untuk percambahan
    Label radas
    Rawatan
    Cahaya
    A1
    Spray air paip dan diletak di atas meja.
    Air
    B1
    Dilembabkan dengan air paip.
    Oksigen
    C1
    Dilembabkan di dalam air yang telah dimasak dan disejukkan. Letak diatas meja.
    Suhu
    D1
    Spray air untuk kali pertama kemudian disimpan di dalam peti sejuk selepas dilembapkan.

                      ii.            SET KEDUA
    Keadaan untuk percambahan
    Label radas
    Rawatan
    Cahaya
    A2
    Disimpan didalam laci selepas dilembapkan
    Air
    B2
    Spray air untuk kali pertama sahaja dan dibiarkan kering selepas dilembapkan
    Oksigen
    C2
    Spray air kemudian letakkan diatas meja.
    Suhu
    D2
    Diletakkan diatas meja pada suhu bilik selepas dilembapkan.

    KEPUTUSAN SELEPAS 3 HARI

    Bilangan biji benih yang bercambah
    SET 1
    SET 2
    A1
    -
    A2
    5
    B1
    -
    B2
    -
    C1
    9
    C2
    6
    D1
    -
    D2
    -



         Setelah seminggu, keputusan percambahan diambil. Bagi set yang pertama, bekas A1 tiada percambahan yang berlaku. Bekas B2 juga tidak berlaku percambahan. Manakala bagi bekas C1, terdapat 9 biji benih yang bercambah dan bekas D1 tidak berlaku percambahan. Bagi set kedua pula, bekas A2, terdapat 5 biji benih yang bercambah. Bagi bekas B2, tiada percambahan berlaku dan bekas C2 terdapat 6 biji benih bercambah. Manakala bekas terakhir D2 juga tiada percambahan berlaku.
    Di sini dapat dilihat bahawa hanya bekas C1, A2 dan C2 yang mempunyai biji benih yang bercambah manakala bekas yang selebihnya tidak bercambah walaupun sebiji. Berdasarkan teori sepatutnya bekas C1, D1 dan B2 adalah bekas yang tidak bercambah. Bekas C1 yang dikenakan rawatan air masak diletakkan di atas meja. Air masak tidak mempunyai unsur oksigen menyebabkan percambahan tidak boleh berlaku walaupun mempunyai sumber udara dan suhu yang sesuai. Manakala bagi bekas D1 dan B2, keputusan yang diperolehi adalah seperti jangkaan iaitu tidak bercambah kerana bekas D1 dikenakan rawatan suhu yang sejuk di dalam peti ais dan bekas B2 dikenakan rawatan ketiadaan sumber air.

         Antara faktor yang menyebabkan keputusan yang diperolehi berbeza daripada jangkaan adalah disebabkan oleh pemerhati eksperimen itu sendiri. Perkara ini terjadi apabila terdapat banyak bekas diletakkan secara berdekatan dan pemeriksa eksperimen tersilap memberikan sumber yang tidak sepatutnya diberikan. Contohnya bagi bekas C1, pemeriksa mungkin tertukar air masak kepada air paip menyebabkan bekas C1 berlaku percambahan. Manakala bagi bekas yang lain yang sepatutnya berlaku percambahan tetapi tidak berlaku percambahan. Perkara yang boleh diambil kira mungkin disebabkan oleh kekurangan sumber air yang diberikan disebabkan pemeriksa tidak memberikan sumber air yang secukupnya. Perbezaan bilangan biji benih yang bercambah mungkin dipengaruhi oleh faktor kedormanan.

    Berdasarkan eksperimen yang dijalankan, setiap percambahan memerlukan keperluan tersendiri seperti, air, udara dan suhu yang sesuai. Jika biji benih tidak mendapat salah satu keperluan tersebut, biji benih tidak boleh bercambah. Penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa akan datang ialah dengan memberikan tempat khas untuk setiap kumpulan supaya tidak bercampur dengan kumpulan lain.

    Menjual Sayur Dari Tanaman & Tanaman Jagung

    Haiiii....... korang ingat lagi tak pada awal Cikgu Kachak post pasal apa 😏 ? Cikgu post pasal tanaman cikgu iaitu sayur yang cikgu tana...