Saturday, 10 November 2018

Eksperimen Percambahan Epigeal dan Hipogeal

Eksperimen ketiga ialah untuk melihat perbezaan diantara percambahan biji benih epigeal dan hipogeal.


Bahan dan alatan

1. Bekas yang telah dilabelkan
2. Peat moss
3. Air
4. Biji Benih



Langkah penyediaan  bekas

Langkah 1
Tanda A untuk benih kacang dan B bagi benih jagung. Masukkan 60 ml peat mos ke dalam 2 bikar.

Langkah 2
Semaikan 2 biji benih kacang pada bekas A dan 2 biji benih jagung pada bekas B.    


Langkah 3
 Renjis biji benih dengan air setiap hari.Percambahan benih dipantau dan diambil bacaan setiap hari.





Eksperimen Mengkaji Keadaan Yang Diperlukan Bagi Percambahan Biji Benih

Eksperimen kali ini kita nak tengok keadaan apakah yang diperlukan oleh biji benih untuk bercambah.



  Bahan dan alatan

1. Tabung uji  
2. Kapas
3. Air masak
4. Minyak

 Langkah penyediaan  bekas

Langkah 1
Sediakan 5 tabung uji dan labelkan A, B, C, D ,E  . Kemudian masukkan kapas didalam tabung uji A,B,D,E, Tabung uji C tidak perlu letak kapas.  

Langkah 2
Letakkan tiga biji benih di dalam setiap tabung uji.   



Langkah penyediaan tabung  


Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Air, udara, suhu
A
Kapas perlu dibasahkan dan letak 3 biji benih. Diletak di atas meja.
Air
B
Kapas perlu dikeringkan dan letak 3 biji benih. Diletak di atas meja.
Udara
C
Tidak perlu letak kapas. Letakkan air yang telah dididihkan dan 3 biji benih serta lapisan minyak.
Diletakkan diatas meja.
Suhu
D
Kapas perlu dibasahkan dan letak 3 biji benih. Diletak di dalam peti sejuk.
Cahaya
E
Kapas perlu dibasahkan dan letak 3 biji benih. Diletak di tempat yang gelap.




 KEPUTUSAN


       
Tabung uji
Kehadiran
Pemerhatian percambahan biji benih (bercambah / tidak bercambah)
Air
Cahaya
Udara
Suhu yang sesuai
A
/
/
/
/
Bercambah
B
x
/
/
/
Bercambah
C
/
/
x
/
Tidak bercambah
D
/
x
x
x
Tidak bercambah
E
/
x
/
/
Bercambah




Setelah dibiarkan seminggu, pemerhatian diambil. Tabung uji A, B dan E bercambah, manakala tabung uji C dan D tidak bercambah. Berdasarkan teori, sepatutnya tabung uji B, C dan D tidak bercambah. Seperti jangkaan, tabung uji C dan D tidak bercambah disebabkan tiada kehadiran udara pada tabung uji C dan tiada kehadiran udara dan suhu yang sesuai pada tabung uji D. Tetapi sebaliknya berlaku pada tabung uji B, dimana dengan ketiadaan air, ianya boleh bercambah. Perkara ini mungkin disebabkan oleh kesilapan pemerhati iaitu memberikan air pada tabung uji B.

Berdasarkan eksperimen yang dijalankan, setiap percambahan memerlukan kehadiran seperti air, udara mencukupi, dan suhu bilik yang sesuai. Cahaya tidak mempengaruhi  percambahan biji benih. Jika biji benih tidak mendapat salah satu sumber iaitu udara, air dan suhu yang sesuai, biji benih tidak dapat bercambah. 


Friday, 9 November 2018

Eksperimen Keperluan Percambahan

Eksperimen kita yang pertama ni adalah untuk mengkaji keperluan biji benih untuk bercambah. Jadi mari kita lihat  apakah bahan dan alatan yang digunakan dan apakah langkah untuk melaksanakan eksperimen ini.


  BAHAN DAN ALATAN

1. Biji Benih
2. Bekas Plastik
3. Kapas
4. Air masak
5. Air paip


 LANGKAH PENYEDIAAN  BEKAS

Langkah 1
Sediakan 8 bekas plastik untuk set pertama dan set kedua. Kemudian label radas A1, B1, C1, D1 untuk set pertama. Label radas A2, B2, C2,D2 untuk set kedua.    


Langkah 2
Letakkan kapas dalam setiap bekas plastik dengan kuantiti kapas yang sama banyak.    

Langkah 3
Kemudian, Masukkan 10 biji benih dalam setiap bekas plastik.     

LANGKAH PENYEDIAAN SET PERTAMA DAN KEDUA

                    i.            SET PERTAMA
Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Cahaya
A1
Spray air paip dan diletak di atas meja.
Air
B1
Dilembabkan dengan air paip.
Oksigen
C1
Dilembabkan di dalam air yang telah dimasak dan disejukkan. Letak diatas meja.
Suhu
D1
Spray air untuk kali pertama kemudian disimpan di dalam peti sejuk selepas dilembapkan.

                  ii.            SET KEDUA
Keadaan untuk percambahan
Label radas
Rawatan
Cahaya
A2
Disimpan didalam laci selepas dilembapkan
Air
B2
Spray air untuk kali pertama sahaja dan dibiarkan kering selepas dilembapkan
Oksigen
C2
Spray air kemudian letakkan diatas meja.
Suhu
D2
Diletakkan diatas meja pada suhu bilik selepas dilembapkan.

KEPUTUSAN SELEPAS 3 HARI

Bilangan biji benih yang bercambah
SET 1
SET 2
A1
-
A2
5
B1
-
B2
-
C1
9
C2
6
D1
-
D2
-



     Setelah seminggu, keputusan percambahan diambil. Bagi set yang pertama, bekas A1 tiada percambahan yang berlaku. Bekas B2 juga tidak berlaku percambahan. Manakala bagi bekas C1, terdapat 9 biji benih yang bercambah dan bekas D1 tidak berlaku percambahan. Bagi set kedua pula, bekas A2, terdapat 5 biji benih yang bercambah. Bagi bekas B2, tiada percambahan berlaku dan bekas C2 terdapat 6 biji benih bercambah. Manakala bekas terakhir D2 juga tiada percambahan berlaku.
Di sini dapat dilihat bahawa hanya bekas C1, A2 dan C2 yang mempunyai biji benih yang bercambah manakala bekas yang selebihnya tidak bercambah walaupun sebiji. Berdasarkan teori sepatutnya bekas C1, D1 dan B2 adalah bekas yang tidak bercambah. Bekas C1 yang dikenakan rawatan air masak diletakkan di atas meja. Air masak tidak mempunyai unsur oksigen menyebabkan percambahan tidak boleh berlaku walaupun mempunyai sumber udara dan suhu yang sesuai. Manakala bagi bekas D1 dan B2, keputusan yang diperolehi adalah seperti jangkaan iaitu tidak bercambah kerana bekas D1 dikenakan rawatan suhu yang sejuk di dalam peti ais dan bekas B2 dikenakan rawatan ketiadaan sumber air.

     Antara faktor yang menyebabkan keputusan yang diperolehi berbeza daripada jangkaan adalah disebabkan oleh pemerhati eksperimen itu sendiri. Perkara ini terjadi apabila terdapat banyak bekas diletakkan secara berdekatan dan pemeriksa eksperimen tersilap memberikan sumber yang tidak sepatutnya diberikan. Contohnya bagi bekas C1, pemeriksa mungkin tertukar air masak kepada air paip menyebabkan bekas C1 berlaku percambahan. Manakala bagi bekas yang lain yang sepatutnya berlaku percambahan tetapi tidak berlaku percambahan. Perkara yang boleh diambil kira mungkin disebabkan oleh kekurangan sumber air yang diberikan disebabkan pemeriksa tidak memberikan sumber air yang secukupnya. Perbezaan bilangan biji benih yang bercambah mungkin dipengaruhi oleh faktor kedormanan.

Berdasarkan eksperimen yang dijalankan, setiap percambahan memerlukan keperluan tersendiri seperti, air, udara dan suhu yang sesuai. Jika biji benih tidak mendapat salah satu keperluan tersebut, biji benih tidak boleh bercambah. Penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa akan datang ialah dengan memberikan tempat khas untuk setiap kumpulan supaya tidak bercampur dengan kumpulan lain.

Tuesday, 6 November 2018

MINGGU 7 : CANTUMAN BAJI

Assalamualaikum, haa ni Cikgu Kachak nak kongsi apa yang kami belajar pada minggu ketujuh selain kaedah pembiakan secara belahan, iaitu cantuman baji. Cantuman baji ini adalah untuk menvariasikan lagi pokok tersebut. Contohnya nak bagi satu pokok bunga kertas tu jadi warna warni, maka bolehlah guna kaedah cantuman baji ni.

Bahan-bahan yang diperlukan,

1. Plastik aiskrim




2. Parafilm, anda juga boleh guna benda lain seperti salotape, atau apa-apa yang boleh membalut.




3. Pisau lipat
4. Tali



Cara untuk membuat cantuman baji.


1. Pilih ranting atau dahan yang lembut dan masih muda untuk dicantumkan pada pokok asal.
2. Potong atau trim hujung pokok asal dan bersihkan daun disekeliling bagi mengelakkan proses 
    transpirasi yang tinggi.
3. Potong belah pada tengah-tengah ranting sedalam 2cm panjang.





4. Pangkal tunas pokok yang hendak dicantum dipotong secara menyerong tajam seperti             baji.





5. Sambungkan ranting yang telah dipotong serong tadi ke belahan pokok penanti

6. Kemudian balut bahagian cantuman tadi dengan pita parafilm


7. Sungkupkan keseluruhan pokok dengan plastik lutsinar bagi mengelakan dehydration
     atau pucuk kering dengan cepat. Ikatkan dengan kemas pada hujung dahan dan biarkan
    sehingga dahan A dan B tercantum. Hasil selalunya boleh dilihat 3-5 minggu.  Apabila 
    sudah tercantum, buka plastik tadi dan biarkan ia tumbuh seperti biasa.





Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!




Menjual Sayur Dari Tanaman & Tanaman Jagung

Haiiii....... korang ingat lagi tak pada awal Cikgu Kachak post pasal apa 😏 ? Cikgu post pasal tanaman cikgu iaitu sayur yang cikgu tana...