Saturday, 15 December 2018

Menjual Sayur Dari Tanaman & Tanaman Jagung


Haiiii....... korang ingat lagi tak pada awal Cikgu Kachak post pasal apa 😏 ? Cikgu post pasal tanaman cikgu iaitu sayur yang cikgu tanam dikebun. Alhamdulillah sekarang ni dapat cikgu mengutip hasil dari tanaman cikgu. Hasil dari tanaman Cikgu dan rakan yang lain kami semua menjualnya kepada Staff-staff di dalam UTM. Sebelah menjual kita perlu melakukan beberapa proses. Okay sekarang Cikgu akan beritahu kepada orang yang rajin intai Blog CikguKachakbBrkebun sedikit ilmu iaitu proses-proses seblum kita menjual sayur-sayur dari tanaman kita.

Pada mulanya kita perlu mulakan setiap kerja kita dengan ALHAMDULILLAH .... Hehehe. Cikgu gurau je tau. Untuk Step pertama kita perlu menuai tanaman kita itu tadi. sebagai nota tambahan kita perlu amek sayur kita itu dengan akar dia sekali. Jika sukar untuk cabut pakai tangan korang boleh cungkil menggunakan scop kecil untuk mencungkil akar dari bawah. Dan tanaman tadi kita letak dalam satu bakul supaya jenis tanaman tidak bercampurr. senang untuk kita membuat packaging nanti.

Langkah kedua pula, kita perlu mencuci sayur kita itu tadi supaya sayur yang kita mahu jual itu bersih dan nampak segar didepan mata pelanggan.


Seterusnya, Sayur tadi rakan cikgu timbang dengan menggunakan penimbang supaya berat sayur yang nak jual dapat diperoleh mengikut harga pasaran.




Sebelum menjual sayur itu tadi Cikgu dan rakan cikgu membuat packaging untuk sayur yang hendak dijual. packaging juga memain peranan yang penting dalam menarik pelanggan. untuk sayur Bayam merah cikgu dan rakan cikgu membuat bentuk baquet kerana warna bayam sangat cantik jika diletakkan dalam keadaan begitu.

inilah saat yang ditunggu iaitu menjual hasil tanaman.... Hahahah  ingat senang nak menjual sayur ni rupanya susahnya aduhai hanya kita yang tahu 😆 tapi takpa sekurangnya cikgu dapat pengalaman dalam setiap apa yang cikgu lakukan.



TANAMAN JAGUNG


Kejap-kejap jangan la ingat tu ja cikgu nak kongsi. Ada ilmu lagi cikgu nak kongsi ni. haaaaa 😁
okay kalau tengok dekat tajuk atas tu semua mesti dah tahukan apa yang cikgu nak kongsi kan. Betul tak?

Bagi yang kurang jelas lagi tentang tajuk tersebut jangan risau cikgu akan beritahu korang 😉 . Kali ni cikgu akan kongsi sedikit macam mana proses penanaman biji benih jagung pada batas cikgu. Excited tak ? Cikgu diberi 30 biji benih kerana cara penaman biji benih jagung perlu di tanam di alur diantara tengah-tengah tanaman ataupu sama macam cara penaman biji benih sayur.
(Rendam biji benih jagung didalam air terlebih dahulu selama 1-2 jam)

Pada mulanya lot tanah perlu digembur supaya tanah menjadi lembut dan tidak berketul.
Seterusnya, bahagi tanah supaya memperoleh tiga jalur untuk diletakkan biji benih jangung nanti.


Cikgu mengambil tali rafia untuk menjadi cikgu punya guide line untuk membuat line nanti. kemudian cikgu mengambil kayu yang besar dan tekan serta tarik ditepi tali itu dari awal sehingga hujung tali.

kemudian pada lubang yang telah dibuat tadi dengan menggunakan kayu cikgu meletakkan 10 biji benih pada setiap alur. Tetapi kedudukan biji benih perlu bersilang-seli. kedudukan biji benih pada belah kanan dan kiri alur mesti sama atau pun selari tetapi kedudukan biji benih pada alur tengah mesti tinggi sedikit kedudukannya berbanding yang sebelahnya. kemudian tutup biji benih dengan tanah. kejappppppp  sebelum tu cikgu lupa nak bagitau selepas tanam biji benih perlu letakkan ranting kayu disebelahnya sebagai penanda biji benih ada disitu.

Setelah selesai tanam kita perlu tutup kita punya batas dengan jaring supaya biji benih kita tidak terlampau panas. Matilanak kalau tak letak jaring hahahaha . Akhir sekali siram biji benih kita dengan air..

Sekian ilmu yang dapat CikguKachakKebun kongsi pada hari ini. Moga bermanfaat pada semua yaaaa

KAJIAN FOTOSINTESIS

Apa itu fotosintesis?

Fotosintesis adalah proses di mana tumbuhan, beberapa bakteria dan beberapa protistan menggunakan tenaga dari cahaya matahari untuk menghasilkan glukosa dari karbon dioksida dan air. Glukosa ini boleh ditukar menjadi pyruvate yang melepaskan adenosine trifosfat (ATP) oleh pernafasan sel. Oksigen juga terbentuk.
carbon dioxide + water        >>>>  
glucose + oxygen

Penukaran tenaga cahaya matahari yang boleh digunakan kepada tenaga kimia dikaitkan dengan tindakan klorofil pigmen hijau.

Alatan dan Bahan yang digunakan untuk menjalani kajian ini:


BIL
BAHAN DAN ALATAN
TUJUAN
GAMBAR
1
Alkohol

Untuk mengeluarkan/ mengasingkan krolofil pada daun
2
Iodin
Untuk melihat tindak balas warna daun selepas dititiskan



3
Forsep
Untuk memegang daun di dalam tabung uji



4
Daun
Merupakan bahagian utama bahan uji kaji



5
Tabung uji
Untuk isi daun dan alkohol



6
Piring petri
Mengalas daus untuk dititiskan iodin


7
Multicooker
Untuk mendidihkan air



8
Bikar 500ml
Untuk isi alkohol





Langkah-langkah dalam kajian:

KETERANGAN
GAMBAR
Langkah 1
·       Potong dedaun menjadi kepingan yang kecil, saiz daun hendaklah bersesuaian dengan saiz tabung uji.


Langkah 2
·       Didihkan air di dalam multicooker sehingga takat suhu 100 darjah celcius.    


Langkah 3
·       Masukkan dedaun yang telah dipotong mengikut saiz yang bersesuaian ke dalam multicooker yang telah dididihkan. Tempoh dedaun direbus ke dalam air ialah satu minit, bertujuan untuk melembutkan daun.  


Langkah 4
·       Isikan alkohol ke dalam tabung uji sebanyak 3 cm. kemudian isikan daun yang telah direbus ke dalam tabung uji tersebut.


Langkah 5
·       Masukkan tabung uji ke dalam slot tabung uji kemudian rendamkan ke dalam air didih pada multicooker yang lain selama 5 minit dalam larutan alkohol.


Langkah 6
·       Setelah 5 minit berlalu, keluarkan tabung uji pada slot dan perhatikan warna daun sama ada daun tersebut telah dinyahwarnakan. Alkohol melarutkan klorofil tetapi tidak melarutkan kanji.


Langkah 7
·       Kemudian, keluarkan daun pada tabung uji dan rendamkan ke dalam air panas selama satu minit bertujuan untuk melenyapkan sisa alkohol dan menambah kelembutan pada dedaun.


Langkah 8
·       Selepas telah direndam selamat satu minit, alihkan dedaun ke dalam piring petri. Kemudian, titiskan beberapa titik larutan iodin pada dedaun.


Langkah 9
·       Perhatikan perubahan warna dedaun hasil tindak balas iodin. Dedaun akan bertukar warna seakan kebiruan gelap. Ini menunjukkan eksperimen berjaya menguji kehadiran kanji dalam tumbuhan/dedaun hijau.




Kesimpulan:


Secara kesimpulannya, fotosintesis adalah suatu proses metabolisme dalam tanaman untuk membentuk   karbohidrat dengan memakai karbondioksida (CO2) dari udara dan air (H2O) dari dalam tanah dengan bantuan cahaya matahari dan klorofil. Tumbuhan hijau adalah tumbuhan yang mengandung klorofil (zat hijau daun) yang biasanya di gunakan untuk berfotosintesis. Tumbuhan hijau merupakan satu-satunya makhluk hidup di dunia yang dapat membuat makanannya sendiri. Oleh karena itulah tumbuhan hijau disebut sebagai produsen dan menempati urutan pertama dalam rantai makanan. Cara tumbuhan membuat makanannya sendiri atau proses pembuatan makanan pada tumbuhan hijau disebut fotosintesis.

Menjual Sayur Dari Tanaman & Tanaman Jagung

Haiiii....... korang ingat lagi tak pada awal Cikgu Kachak post pasal apa 😏 ? Cikgu post pasal tanaman cikgu iaitu sayur yang cikgu tana...