Saturday, 22 September 2018

MINGGU 2 PEMBIAKAN DAN PENGURUSAN TANAMAN

Assalamualaikum, harini kami nak berkongsi dengan anda semua tentang apa yang dilakukan pada minggu ini.



Proses penyediaan tanah untuk menyemai biji benih

Minggu ini kami membuat persediaan untuk menyemai biji benih. Antara kerja-kerja yang dilakukan ialah membuang rumpai-rumpai yang masih lagi terdapat di batas, ini bagi mengelakkan rumpai tersebut hidup kembali di dalam batas.



Saya sedang membuang rumpai-rumpai yang masih lagi terdapat di dalam petak batas


 Puan Salina menunjukkan jenis baja yang akan digunakan.

Harith menabur baja di dalam batas

Info Tambahan

Baja boleh dikelompokkan kepada dua jenis iaitu baja kimia dan baja organik. Baja organik diperbuat daripada satu jenis bahan sahaja atau beberapa bahan lain. Baja organik diperbuat daripada bahan dari binatang, tumbuhan atau mineral semulajadi. Baja organik juga boleh dikategorikan kepada baja fellet, serbuk, dan juga cecair. Terpulang kepada kita bagaimana kita mahu menggunakannya. Untuk amali kami, kami menggunakan baja E.M iaitu baja organik.

Saya meratakan tanah dan membuang tanah-tanah keras yang berkumpul.


Proses menyediakan alur

Bagi mendapatkan alur yang lurus, kami menggunakan tali. Haris sedang membuat alur untuk meletakkan biji benih. Kami menggunakan tali bagi memastikan alur yang dibuat berada dalam keaadaan lurus.




Batas yang telah dibuat alur.

Proses menyediakan biji benih

Biji benih akan dicampurkan bersama pasir secara nisbah 1 biji benih bersama 10 butir pasir. Ini bagi memudahkan kita menabur biji benih di batas kerana biji benih terlalu kecil akan menyebabkan kita terlepas pandang tempat yang telah diletakkan biji benih. Jadi dengan adanya pasir ini, ia akan memudahkan proses taburan biji benih. Kumpulan kami menggunakan biji benih sayur pak choy kerdil dan sayur bayam merah sebagai tumbuhan kami.



Biji benih yang telah dicampurkan dengan pasir


Saya sedang menabur biji benih di dalam batas.



Penjagaan biji benih

Batas yang telah disemai  perlu diletakkan jaring hitam bagi mengelakkan biji yang baru disemai terkena matahari secara terus ataupun hujan. Ini kerana jika hujan lebat, ia akan menyebabkan biji benih terkeluar daripada alur. Jaring ini boleh dibuka selepas dua minggu.

Batas yang telah siap ditabur biji benih dipasangkan jaring hitam







MINGGU 1 PEMBIAKAN DAN PENGURUSAN TANAMAN

Assalamualaikum, sedar tak sedar dah tahun 4 rupanya. Pada semester ini, kami telah mengambil subjek SPPL1212 iaitu subjek Pembiakan dan Pengurusan Tanaman. Subjek ini sepatutnya diambil pada tahun satu, tetapi apakan daya, kami hanya mengikut apa yang telah ditentukan oleh pihak fakulti.

Kelas pertama diadakan di Ladang. Kami diminta untuk mencari pasangan untuk bagi mengusahakan batas yang akan dijaga sepanjang semester ini. Saya telah memilih Harith sebagai pasangan saya untuk mengusahakan batas ini. Bagi setiap minggu, kami perlu membuat laporan di dalam bentuk blog. Inilah blognya..hehe. Dan untuk penulisan laporan di dalam bentuk blog ini, kami diminta untuk membuat secara bergilir secara berempat, jadi kumpulan saya telah bergabung dengan kumpulan Haris dan Zekry untuk membuat laporan mingguan ini.



Saya dan Harith



Batas

Tujuan batas tanaman dilakukan untuk menaikkan atau meninggikan tanah untuk ditanam diatas batas. Ia juga bertujuan untuk mengelakkan dari air bertakung, menambah kesuburan tanah dengan meningkatkan pengudaraan tanah. Selain itu, batas juga memudahkan kawalan rumpai dan penyiraman tanaman dilakukan.

Jenis tanah
Sebelum membuat batas kita perlu membuat siasatan mengenai jenis tanah ,topografi dan kecerunan tanah. Seterusnya periksa jenis tanaman yang akan ditanam, cara menyediakan batas, saiz dan ketinggian batas, sistem pengairan yang akan digunakan dan juga tujuan kenapa batas perlu disediakan. Jenis Tanah adalah merupakan asas kepada cara pembinaan batas dan juga rekabentuk batas yang akan disediakan.Tanah jenis liat, tanah gambut, tanah berpasir, tanah bris dan sebagainya memerlukan rekabentuk dan cara pembinaan batas yang berbeza. Tanah jenis peroi seperti tanah jenis berpasir boleh digunakan jentera pembuat batas untuk menyediakannya seperti 'bed former' yang ditarik oleh trektor atau jentera lain.

Saiz dan ketinggian batas
Saiz dan ketinggian batas bergantung kepada jenis tanaman, jenis tanah dan cara penyediaan batas. Contohnya jenis tanaman sayuran berdaun yang renek saiz batas adalah 100cm lebar dan 15-25cm tinggi dengan panjang batas mengikut kesesuaian tanah. Jarak diantara batas tanaman yang disyorkan adalah sekitar 45-50cm.


Proses pembahagian tanah

Mengunakan pita ukur untuk membuat pembahagian kawasan tapak kepada setiap ahli kumpulan. 


Kayu berukuran lebar 150cm, panjang 300cm dan tinggi 25cm diberikan kepada setiap kumpulan untuk membuat petak batas.



Untuk mengelakkan kayu tersebut rosak atau reput dalam proses pengusahaan tanah, kayu tersebut perlu dicat dengan minyak hitam bagi melindunginya dari perubahan cuaca dan air. 



Proses penyediaan

Bersihkan sekitar kawasan tanah serta membuang rumput liar dan batu kecil. Gali dan terbalikkan tanah menggunakan cangkul sedalam 25-30cm bagi tujuan menggembur tanah.




Kami juga berpeluang untuk menggembur tanah menggunakan mesin penggembur mini. Mesin ini dapat mengahsilkan tanah yang lebih halus, memperbaiki saliran dan pengudaraan tanah. 



Kami menggunakan ‘’Alat pengukur Ph Meter Soil Tester’’ untuk mengukur PH dan kelembapan tanah. 


Batas yang telah siap digembur..Yeay!!




Semoga bermanfaat!

Menjual Sayur Dari Tanaman & Tanaman Jagung

Haiiii....... korang ingat lagi tak pada awal Cikgu Kachak post pasal apa 😏 ? Cikgu post pasal tanaman cikgu iaitu sayur yang cikgu tana...