Assalamualaikum .Dah lama rasanya tak update blog ni.Okay minggu ni kita menggunakan bahasa melayu untuk tajuk ni. Selaras dengan dasar memartabatkan bahasa melayu memperkukuhkan bahasa inggeris.hehe
Pertama sekali, apakah yang dimaksudkan dengan hak harta intelek?. Harta intelek adalah beberapa jenis ciptaan fikiran berlainan yang hak esklusif diakui di bawah bidang undang-undang berkait. Di bawah undang-undang Harta intelektual, pemilik diberikan hak esklusif tertentu bagi pelbagai aset tidak nyata, seperti muzik, penulisan, dan karya seni; jumpaan dan ciptaan; dan perkataan, farsa, symbol dan reka bentuk. Jenis biasa hak harta intelektual termasuk hak cipta, cap dagang, paten, hak reka bentuk dagangan dan rahsia perdagangan dalam sesetengah perundangan. Harta intelek dalam bidang undang-undang merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi pelbagai perkara seperti karya muzik, sastera dan seni; rekacipta; dan simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan termasuk hak cipta, cap dagangan, paten dan hak-hak lain yang berkaitan. Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.
Kita dah pun faham apakah yang dimaksudkan dengan harta intelek. Jadi apakah perbezaan antara hak cipta, cap dagang dan paten?
HAK CIPTA (copyright)
Hak cipta ialah satu set hak eksklusif yang mengawal penggunaan sesuatu pernyataan idea atau maklumat. Dalam kebanyakan kes, hak-hak ini adalah untuk tempoh yang terhad. Simbol untuk hak cipta ialah ©, dan di sesetengah bidang kuasa, simbol itu boleh digantikan dengan (c).
Di dalam hak cipta terdapat satu istilah yang dinamakan '
fair use' apakah yang dimaksudkan dengan perkataan ini?
'Fair use' ialah petikan ringkas bahan hak cipta boleh, di bawah keadaan tertentu, dipetik kata demi kata untuk tujuan seperti kritikan , laporan berita, pengajaran, dan penyelidikan, tanpa memerlukan kebenaran daripada atau bayaran kepada pemegang hak cipta
CAP DAGANG (trademark)
Tanda dagangan (trademark) ialah sejenis tanda atau penunjuk tersendiri yang digunakan oleh seorang individu, syarikat atau entiti lain untuk mengecam sumber barangan atau perkhidmatannya secara unik, dan untuk membezakannya dari hasil entiti lain.
PATEN
Paten adalah hak eksklusif yang diberikan terhadap suatu rekacipta sama ada suatu produk atau proses untuk menghasilkan cara baru bagi membuat sesuatu, ataupun penyelesaian teknikal bagi sesuatu masalah. Hak paten selalunya diberikan oleh kerajaan kepada seseorang pencipta atau pereka sesuatu ciptaan yang memberikan kepadanya hak sepenuhnya untuk membuat, mengguna dan menjual rekaan tersebut untuk satu tempoh masa yang tertentu. Di Malaysia, paten dilindungi selama 20 tahun dari tarikh pemfailan.Pemunya paten boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak lain yang melanggar haknya tanpa kebenaran pemunya paten.
Okay kita pun dah tahu perbezaannya di antara ketiga-tiga jenis harta intelek..Dikatakan bahawa terdapat banyak akta yang digubal bagi membendung kegiatan yang tidak bermoral. Jadi apakah aktanya?Disini saya senaraikan beberapa akta yang telah digubal:
1.Akta komunikasi dan mutimedia 1998
2.Akta suruhanjaya komunikasi dan multimedia 1998
3.Akta tandatangan digital 1997
4.Akta jenayah komputer 1997
5.Akta teleperubatan 1997
Nampak macam serupa ja semua akta ni.Tetapi secara umumnya semua digubal bagi mengekang perkara-perkara yang tidak diingini. Jadi disini saya sertakan beberapa perbezaan di antara akta-akta di atas.
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
•Akta ini menggabungkan penyiaran dan komunikasi yang menggantikan akta
Telekomunikasi 1950 dan Akta Penyiaran 1988.
•Telah dikuatkuasakan pada 1 April 1999.
•Akta ini menjelaskan kuasa dan tatacara menteri berkaitan, tribunal rayuan, perlesenan
dan kuasa serta tatacara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
•Kementerian tenaga, komunikasi dan multimedia telah ditubuhkan apabila akta ini
diutarakan.
Akta Teleperubatan 1997
•Definisi Teleperubatan :
“Amalan perubatan yang menggunakan audio, visual dan komunikasi data dan tidak
menghadkan kepada masa sebenar (real time) atau tindak balas spontan, tetapi bukan
bermaksud amalan yang menggunakan mesin, faks atau telefon.”
•Seksyen 3(1):
a)pengamal perubatan penuh – ada perakuan teleperubatan.
b)pengamal perubatan luar negara – ada perakuan teleperubatan Majlis Perubatan
Malaysia, ada perakuan teleperubatan yang sah.
Akta Jenayah Komputer 1997
•Akta ini adalah berkaitan dengan kesalahan penyalahgunaan komputer untuk tujuan
melakukan jenayah.
•Di bawah akta ini, akses secara tidak sah / mengubah apa-apa program atau data yang
terdapat di dalam sesebuah komputer adalah salah dan boleh dikenakan hukuman.
•Akta ini juga berkesan kepada apa-apa jenayah yang dilakukan di luar Malaysia walaupun
kesalahan tersebut dilakukan oleh seseorang / dari sesuatu tempat di luar Malaysia selagi
mana komputer / program / data tersebut adalah berada di Malaysia atau boleh dicapai /
dihubungkan / digunakan dengan komputer di Malaysia.
Akta Tandatangan Digital 1997
•Dibuat untuk memberi keyakinan dan menggalakkan orang awam melakukan transaksi
elektronik yang selamat di peringkat tempatan dan antarabangsa.
•Di bawah akta ini, tandatangan digital menyediakan sistem verifikasi untuk mengesahkan
identiti menghantar dan mengesahkan mesej yang dihantar.
•Untuk membolehkan tandatangan digital diperakui, sijil dari pihak berkuasa perlu
diperolehi.
•Sijil tersebut akan dihantar bersama mesej sebagai mengesahkan mesej adalah benar
sepertimana dihantar dan diterima.